Mohd Khairie Khalid
khairie@bh.com.my
FINALIS Miss Universe Malaysia
2017, M Tanalaksiumy mengakui dia tidak akan berhenti di separuh jalan daripada
menjadi atlet meskipun turut bergiat dalam dunia seni.
Malah peserta ratu cantik dari
Pulau Pinang yang berusia 23 tahun itu menegaskan dia akan terus bersukan
sehingga ke tahap tertinggi.
Tanalaksiumy yang lebih mesra
dengan panggilan Tana juga berazam memastikan dirinya tersenarai dalam acara
lari berganti-ganti pada dua temasya berprestij tahun depan - Sukan Komanwel,
Australia dan Sukan Asia, Indonesia.
Tana bersama tiga lagi rakan
iaitu Fatin Faqihah Mohd Yusof, Nurul Faizah Asma Mazlan dan Shereen Samson
Vallabouy adalah pemenang gangsa acara 4x400 meter pada Sukan SEA Kuala Lumpur
2017 (KL2017), Ogos lalu.
ADVERTISING
“Selepas KL2017 (penampilan
pertama) saya kembali untuk fokus dalam pelajaran, menjayakan sesi penggambaran
serta menyertai lebih banyak aktiviti sosial bersama masyarakat.”
“Saya tidak akan berhenti
daripada menjadi atlet kerana sudah menyertai olahraga sejak berusia 10 tahun.
Saya akan teruskan apa yang saya ceburi termasuklah sukan dan pembelajaran di
HELP University.”
“Saya akan cuba menyertai acara
lari berganti-ganti di Sukan Komanwel dan Asia kerana agak sukar untuk sertai
acara individu. Apapun matlamat saya untuk mara setinggi yang mampu dalam
bidang sukan,” katanya yang berhasrat mencuba sukan golf selepas ini.
SUMBER-Artikel ini disiarkan
pada : Jumaat, 13 Oktober 2017 @ 10:37 PM